Search This Blog

Tuesday, February 9, 2010

Minggu 5

1. Berikan Definisi dan Konsep E-Dagang

-Proses pembelian, penjualan, atau pertukaran barangan, perkhimatan dan maklumat melalui rangkaian komputer, termasuk internet.

E-Dagang membawa definisi yang lebih meluas dengan merangkumi beberapa prespektif :
* kamunikasi
* Perdangangan
* Proses Urus niaga
* Perkhimatan
* Pembelajaran
* kerjasama
* Komuniti

Organisasi E-Dagang
a. Brick and mortar
- Merupakan organisasi yang mengamalkan ekonomi terdahulu yang kebanyakkannya menjalankan perniagaan tanpa talian (off-line), menjual produk dengan menggunakan ejen.
b. Virtual
- Mengendalikan perniagaan secara talian (on-line) sepenuhnya.
c. Click and Mortar
- Mengendalikan sesetengah aktiviti E-Dagang, tetapi menjalankan perniagaan utama secara fizikal.

2. Bagaimana E-Dagang menyediakan peluang kepada usahawan baru?
- menyediakan peluang kepada usahawan dengan mengubah sebarang idea kepada pasaran baru yang hebat.
- memaparkan katalog, brocur dan sebarang maklumat bagi membantu pelanggan membuat pilihan.
- boleh dicapai 24 jam sehari 7 hari seminggu.
- boleh diperibadikan untuk setiap pelanggan.
- Walaupun kos mengujudkan E-Dagang tinggi namun ia dapat mengurangkan kos urusniaga.

3.Terangkan berkenaan LIMA (5) Model E-Dagang yang Berikut :
*B2B
- Urusniaga secare talian (om-line) yang dibuat di antara perniagaan dengan perniaga yang lain
* B2C
- Urusniaga secara talian dibuat di antara perniagaan dengan pelanggan.

* P2P
- Teknologi P2P boleh digunakan untuk C2C, B2B, B2C. Teknologi ini membolehkan rangkaian rakan komputer (networked peer computers) berkongsi dan memproses data secara terus.

* M-Commerce
- Aktiviti dan urusniaga E-Dagang dikendalikan melalui persekitaran tanpa wayar. (wireless environment)

* G2G
- Kategori e-kerajaan yang menyediakan aktiviti di antara setiap unit dalam kerajaan.
- Pekerja yang ramai di sektor kerajaan menyebabkan kerajaan berminat ubtuk menyediakan perkhimatan dan maklumat kepada pekerja secara elektronik seperti yang dilakukan oleh pihak swasta.
- Pekerja di bahagian kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berada do pelbagai lokasi maka aplikasi G2E akan membolehkan berlakunya komunikasi yang lebih berkesan antara mereka.

Minggu 4

1. Apakah itu teknousahawan?

- Teknousahawan ialah usahawan yang mempunyai kemahiran dan kemampuan menguasai teknologi tinggi dan canggih dalam melaksana dan mengembangkan perniagaan mereka. Kementerian Pembangunan Usahawan dan koperasi menyatakan bahawa teknousahawan adalah terdiri daripada usahawan yang mengaplikasikan sains dan teknologi bertujuan untuk bersaing dalam sesuatu industri.Menurut Teague (2000),teknousahawan ialah orang yang cuba menggunakan teknologi terbaru yang diperkenalkan oleh pihak lain dan disuaikan dengan keupayaannya untuk menukar perniagaan dan industri yang diceburinya.
Berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa teknousahawan ialah usahawan yang menggunakan kelebihan teknologi tinggi hari ini dalam proses mengeluarkan barang dan perkhidmatan.Penggunaan sesuatu teknologi mungkin berlaku pada proses input, pernukaran (tranformasi) atau output. Tujuan penggunaan sesuatu teknologi adalah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan mempercepatkan proses mengeluarkan sesuatu barang atau perkhimatan melalui satu inovasi baru dalam proses tersebut.

a. Ciri-ciri seorang teknousahawan :

Kreatif dan inovatif
- Usahawan unutk menghasilkan suatu inovasi baru terhadap proses dan produk yang terdapat dipasarkan kepada pengguna.Penekaan kepada teknousahawan membolehkan kerajaan melahirkan usahawan yang dapat menghasilkan teknologi pengeluaran barang dan perkhimatan baru, keadaan pengeluaran baru, pasaran baru, punca sumber yang baru dan membentuk organisasi baru dengan hasil yang lebih baik dan berkesan.

Produk yang Berkualiti
- Usahawan perlu mengambil peluang ini untuk mengeluarkan produk tersebut dalam jumlah yang banyak dan berkomersialkan di pasaran dalam dan luar negara. Penghasilkan sesuatu produk yang berkualiti dan disokong dengan program pemasaran yang cekap dapat membantu usahawan untuk bersaing di pasaran global.

Bertanggungjawab
- Usahawan juga bertanggungjawab kepada pelanggan, pembekal, rakan kongsi, pemegang syer, masyarakat, dan negara. Contoh usahawan bertanggungjawab untuk menawar produk yang bermutu kepada pelanggan dan sanggup bertanggungjawab sepenuh unutk mengatasi rungutan pelanggan.

2. Terangkan faedah yang diperolehi oleh seorang usahwan dengan menyediakan rancangan perniagaan :

Rancangan perniagaan mempunyai dua fungsi utama iaitu :
a. Sebagai garis panduan kepada pengurusan bagi memastikan kejayaan syarikat atau perniagaan, dan
b. Sebagai alat untuk mendapatkan modal luar bagi pembiayaan pertumbuhan dan perkembangkan syarikat atau perniagaan.
rancangan perniagaan boleh membantu usahawan untuk menguruskan syarikat atau perniagaan dengan baik. La membantu usahawan untuk menilai dirinya sendiri. La mampu menjawab persoalan.
Di samping itu, pihak luar seperti pelabur, pembekal dan institusi kewangan juga berminat untuk mengetahui kedudukan dan kemanpuan usahawan dalam mengendalikan syarikat atau perniagaan yang dicadangkan. Melalui rancangan perniagaan, pelabur boleh menilai keupayaan usahawan dan syarikat atau perniagaannya unutk memberi pulangan sepatutnya jika pelabur ini menyumbangkan modal dalam syarikat atau perniagaan berkenaan.

3. Senaraikan kandungan Rancangan perniagaan mengikut turutan yang anda rasakan sesuai bagi suatu inovasi produk :

a. Kandungan
b. Ringkasan Eksekutif
c. Syarikat atau perniagaan
d. Produk
e. Analisis Pasaran