Search This Blog

Tuesday, March 2, 2010

Minggu 6

1. Senaikan Empat (4) strategi yang boleh dipilih oleh usahawan dalam memulakan sesebuah perniagaan.
- Memulakan perniagaan sendiri
- Mengambil alih perniagaan sedia ada
- Perniagaan francais
- Pakatan Strategik
- Juanlan langsung

2. Memulakan Sendiri perniaggan

- Seseorang usahawan boleh memulakan perniagaan sendiri jika ia berkeyakinan dan berkebolehan mengenalikan sendiri sesuatu perniagaan. Terdapaat beberapa perkara yang harus diberi pertimbangan dan perhatian sebelum usahawan itu memulakan perniagaan sendiri, iaitu:

* Kemampuan diri dan minat
- Usahawan menceburi bidang perniagaan mengikut kemampuan dirinya dari segi pengalaman
yang dimiliki, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan tersebut, minat dan sokongan daripada keluarga dan sebagainya.

- Usahawan mesti mengetahui kemampuan dirinya dan mempunyai minat terhadap jenis perniagaan yang diceburi demi menjamin kejayaan dan kesinambungan perniagaannya.

* Modal dan kedudukan kewangan
- Untuk memulakan sesuatu perniagaan, ia memerlukan seseorang itu memiliki sejumlah modal yang mencukupi untuk tujuan membeli kelengkapan dan barang keperluan pejabat, membayar sewa bangunan, gaji pekerja, bil elektrik dan telefon dan sebagainya.

- Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz organisasi, jenis perniagaan dan lokasi perniagaan tersebut. Modal ini boleh diperolehi sama ada melalui pinjaman dari institusi kewangan, ahli keluarga atau sahabat handai.

* Persaingan
- Faktor ini harus diberi pertimbangan demi memastikan usahawan yang baru menubuhkan perniagaannya tidak menghadapi masalah atau beban yang besar. Usahawan perlu membuat kajian untuk mengenal pasti pesaing-pesaing yang wujud, bilangan pesaing serta menganlisis kekuatan dan kelemahan mereka.

- Untuk bersaing, usahawan boleh menggunakan pelbagai strategi seperti strategi pemasaran, strategi perletakan harga atau menunjukkan kelebihan persaingannya terharap pelanggan demi menarik perhatian mereka.

*Lokasi perniagaan
- Pemilihan lokasi kedai yang strategik merupakan antara faktor penting yang akan menentukan kejayaan perniagaan atau sebaliknya. Contohnya, jika lokasi perniagaan terletak jauh daripada tumpuan pelanggan, ia boleh menjejaskan operasi perniagaan. Sebaliknya, jika lokasi perniagaan terletak di kawasan yang mempunyai pelanggan dan mempunyai kuasa beli yang tinggi dan kurang pesaing , nescaya ini akan membawa keuntungan kepada perniagaan tersebut.

* Peraturan dan undang-undang
- Faktor ini juga tidak kurang pentingnya kerana usahawan perlu mengetahui segala bentuk perundangan , peraturan serta akta yang mengawasi perjalanan perniagaan tersebut. Oleh yang demikian , perniagaan yang bakal ditubuhkan haruslah tidak melanggari perundangan yang ditetapkan.

- Usahawan mesti mendaftarkan perniagaan dengan pihak berkuasa seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Tempatan di samping mematuhi pelbagai akta perniagaan seperti Akta Kawalan Harga 1946, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 1972 dan sebagainya.

* Bekalan bahan mentah
- Untuk memastikan bekalan stok perniagaan sentiasa mencukupi, usahawan perlu mengetahui di mana bekalan barang-barang boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Usahawan juga perlu mengetahui pembekal-pembekal yang ada di sekitar kawasan perniagaannya yang dapat menawarkan harga yang kompetitif.

3. Juanlan langsung

- Perniagaan jualan langsung merupakan suatu jenis perniagaan berformatkan peruncitan di mana jurujual akan sentiasa berhubung dengan pelanggannya secara langsung di lokasi yang sesuai, sama ada di rumah atau tempat kerja pelanggan dan mendemonstrasikan kelebihan produk, mengambil pesanan dan seterusnya menghantar produk yang dipesan kepada pelanggan.

- Untuk memastikan kejayaan perniagaan jualan langsung ini, ia memerlukan perhubungan yang baik antara jurujual dengan pelanggan. Maklumat yang banyak dan bernas disalurkan kepada pelanggan melalui perbincangan bersemuka dengan jurujual.

- Antara kategori produk yang dijual melalui perniagaan jualan langsung adalah seperti kosmetik, pencuci hampagas, peralatan memasak, barangan kemas, produk pemakanan kesihatan, bahan pendidikan dan sebagainya.

-Terdapat tiga kaedah perniagaan jualanlangsung. Antaranya ialah:

* Pemasaran satu peringkat
- Jenis perniagaan ini melibatkan penjualan produk terus daripada syarikat jualan langsung kepada pengguna akhir atau syarikat jualan langsung kepada wakil atau pengedar syarikat.

* Pemasaran pelbagai peringkat
- Melalui sistem ini, produk yang diagihkan akan melaluibeberapa lapisan saluran agihan sebelum ia sampai ke tangan pengguna.

- Contohnya, Cosway akan menjual melalui stokisnya kepada wakil ejen yang sah, selepas itu wakil ejen tersebut akan menjual produk kepada pelanggan.

* Jualan melalui sistem parti
- Mengikut sistem ini syarikat jualan langsung akan mengadakan satu parti di rumah atau tempat salah seorang wakil jualannya dan menjemput semua orang yang dikenali seperti saudara mara, sahabat handai atau orang di kawasan sekeliling untuk menghadiri parti berkenaan dan membuat demonstrasi produknya kepada semua.

- Contohnya, CNI mengadakan 'parti' untuk memperkenalkan produk kesihatan kepada pelanggan dengan mengadakan demonstrasi kelebihan rangkaian beberapa produknya.

- Bagaimanapun, disebabkan terdapat beberapa masalah yang wujud apabila menjalankan perniagaan jualan langsung ini, seperti berlakunya penipuan terhadap pelanggan, masalah pelesenan dan kesalahan etika perniagaan, maka Akta Jualan 1993 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1993 bertujuan untuk membendung masalah tersebut.

4. Pakatan strategik

- Boleh ditakrifkan sebagai satu ikatan sukarela antara dua syarikat atau pekongsi dalam tempoh tertentu bertujuan untuk mencapai objektik ekonomi, iaitu mendapat keuntungan dengan lebih cepat berbanding melakukannya sendiri.

- Terdapat beberapa faktor yang menggalakkan pakatan strategik di kalangan syarikat terutama syarikat multinasional. Antaranya adalah:

* Kemasukan ke pasaran baru
- Pada masa kini, banyak syarikat telah membentuk pakatan stategik bagi mempercepatkan proses kemasukan ke sesuatu pasaran. Dengan berbuat demikian, ia dapat Mengurangkan kos tetap yang tinggi seperti pembangunan, pengagihan dan pemasaran produk.

* Mencapai Globalisasi
- Pakatan stategik telah menjadi stategik utama syarikat global. Banyak syarikat multinasional telah membuat pakatan dengan pekongsinya di negara lain. Ini memudahkan syarikat induk menembusi pasaran negara tertentu di samping dapat menggunakan sumber pengeluarkan yang sedia ada di negara rakan pekongsi.

* Pembangunan Teknologi
- Mereka boleh berkongsi maklumat mengenai pelanggan dan struktur pasaran seperti citarasa pelanggan, kuasa pembelian pelanggan, saiz pasaran dan sebagainya. Dalam zaman modem ini, keupayaan untuk mengikuti perubahan teknologi adalah kunci utama bagi sesebuah syarikat untuk terus wujud. Bagaimanakan, untuk membangun dan mencipta teknologi baru bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Maka, melalui pakatan strategik, ia boleh membantu syarikat membangun dan memperolehi sesuatu teknologi daripada syarikat lain.

5. Peniagaan Francais

- Usahawan boleh memulakan perniagaan melalui kaedah francais dengan mendapat lesen francais daripada francaisor (pemilik francais).

- Perniagaan francais merujuk kepada satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan (nama perniagaan dan cap dagangan) kepada seseorang individu atau syarikat tertentu untuk menjalankan perniagaan mengikuat peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor.

- Francaisor ialah tuan punya atau pengeluar atau pengedar yang mempunyai hak istimewa terhadap sesuatu produk atau perkhimatan atau orang yang memberi francais kepada francais. Sementara francais merupakan individu atau organisasi yang mendapat hak francais ke atas produk atau perkhimatan yang ditawarkan oleh francaisor.

- Francais mesti mematuhi syarat-syarat atau peraturan yang terkandung dalam kontrak francais dan dikehendaki membayar sejumlah royaliti atau yuran kepada francaisor. Secara ekonominya, kedua-kedua pihak adalah saling bergantung antara satu sama lain walaupun mereka merupakan entiti perniagaan yang berasingan.

- Francaisor pada permulaan dan seterusnya perlu membekalkan kepakaran mengelorkan perniagaan kepada francais. Francaisor dan prosedur operasi perniagaan demi menjaga nam baik perniagaan.

- Untuk memulakan perniagaan francais, terdapat beberapa faktor yang harus diberi pertimbangan oleh seseorang usahawan iaitu :

* Jenis Perniagaan
- Usahawan perlu memilih sesuatu perniagaan berasaskan minat dan kepakaran mereka. Pemilihan yang tepat akan menjamin kemajuan perniagaan dan keuntungan berterusan.

* Yuran Francais
- Francais harus memastikan terlebih dahulu bahawa yuran francais yang dikenakan adalah munasabah dan setimpal dengan apa yang bakal diterima daripada perjanjian francais.

* Rekod Perniagaan Francais
- Demi meminimakan risiko pelaburan, perniagaan francais yang dipilih haruslah mempunyai rekod kejayaan yang baik di samping kadar pertumbuhan perniagaan yang tinggi untuk beberapa tahun.

* Bantuan/khidmat sokongan
- Francais harus memastikan agar francais akan memberi khimat sokongan sepenuhnya sebelum francais boleh memulakan perniagaan. Khidmat sokongan dari aspek teknikal dan operasi termasuklah latihan pengurusan dan operasi kedai, cara menyediakan makanan, cara melayani pelanggan dan lain-lain.

* Hak Eksklusif Perniagaan
- Pihak francaisor harus menentukan hak eksklusif perniagaan kepada setiap francais agar tidak timbul masalah perebutan pelanggan di antara francaisi di kawasan tertentu.

- Terdapat tiga jenis perniagaan francais :
* Sistem Mengikut Tajaan Pengeluar Terhadap Peruncit
* Sistem Tajaan Pengeluar Terhadap Pemborong
* Sistem Tajaan Syarikat Perkhimatan Kepada Peruncit

6. Mengambil Alih Perniagaan Sedia ada

- Pengambilalihan sesuatu perniagaan boleh dilakukan sekiranya seseorang uasahawan itu berminat terhadap perniagaan sedia ada. Dengan mengambil alih sesuatu perniagaan, bermaksud seseorang usahawan membeli sesuatu perniagaan yang sedang beroperasi daripada pihak tertentu dan mengusahakan sendiri.

- Pemgambilalihan perniagaan merupakan salah satu jalan pintas bagi usahawan untuk memulakan perniagaan dengan mudah.

- sebelum membeli sesuatu perniagaan, usahawan perlu memastikan perniagaan itu berpotensi untuk berkembang dan berjaya. Antara perkara yang harus diberi pertimbang sebelum mengambil alih sesuatu perniagaan adalah :

* Kedudukan Kewangan Perniagaan
* Pasaran Sedia Ada
* Potensi Berkembang
* Reputasi Perniagaan

No comments:

Post a Comment