Search This Blog

Monday, March 8, 2010

Minggu 7

* Terdapat TIGA(3) jenis perniagaan yang lazimnya terdapat di malaysia iaitu Perniagaan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat.

* Terangkan Setiap jenis perniagaan tersebut dan nyatakan kebaikan serta keburukan bagi setiap jenis perniagaan berkenaan.
1. Perniagaan Tunggal
- Milikan tunggal adalah entiti kepunyaan tunggal dan adalah di bawah takluk Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Kebanyakkan perniagaan yang terdapat di Malaysia adalah secara milik tunggal.
- Di masa kerugian, tanggungan tuan punya perniagaan perseorangan adalah tidak terhad dan boleh melibatkan semua harta bendanya. Sebaliknya apabila perniagaan mendapat untung, keuntungan ini adalah haknya seorang.
- Sebelum dimulakan, perniagaan hendaklah didaftarkan dengan pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau di mana-mana cawagannya yang didapati di seluruh negeri di malaysia. Bayaran yang dikenakan ialah RM25.00, jika menggunakan namanya sendiri, dan RM50 jika selain dari itu. Pendaftaran dibuat dengan menggunakan Borang A yang boleh didapati dari pejabat berkenaan. Apabila pendaftaran diluluskan, perniagaan akan diberikan sijil perniagaan yang dipanggil Borang B. Sijil perniagaan ini hendaklah diperbahuri setiap tahun dengan bayaran sebanyak Rm25.00.
Kelebihan perniagaan tunggal adalah :
a) Mudah untuk dituburkan.
b) Mudah untuk dibubarkan.
c) kebebesan tuan punya dalam mengambil sebarang tindakan serta kawalan.
d) Keuntungan yang diperolehi menjadi hak pemilik.
e) Tidak banyak tertakluk kepada peraturan dan perundangan perniagaan kerajaan(tidak terikat dengan Akta Pendaftaran Perniagaan).
Kelemahan perniagaan tunggal adalah :
a) Kesukaran mendapat modal perniagaan.
b) Tanggungan perniagaan yang tidak terhad.
c) Kesinambungan perniagaan yang terhad di mana perniagaan ditutup atau tamat sekiranya tuan punya meninggal dunia.

2. Perkongsian
* Perniagaan perkongsian adalah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Keahliannya ialah di antara dua hingga dua puluh orang yang membuat perjanjian untuk berkongsi menjalankan perniagaan tersebut.

* Perjanjian ini tidak semestinya ditulis, akan tetapi untuk rujukan masa depan, khasnya apabila seseorang ahli kongsi itu meninggal dunia atau apabila ada ahli yang hendak menarik diri, penjanjian bertulis ini dapat membantu menyelesaikan perselisihan faham dan penentuan hak dan bahagian seseorang yang berkongsi itu. Semua pihak dalam perkongsian itu akan menerima bahagian masing-masing dalam keuntungan perniagaan mengikut perjanjian di antara mereka. Lazimnya perjanjian perkongsian yang bertulis mengandungi butir-butir berikut :
a) Tarikh perjanjian dibuat.
b) Nama dan alamat ahli-ahli perkongsian.
c) Jenis perniagaan yang dijalankan.
d) Nama dam alamat perniagaan.
e) Jangka tempoh perkongsian itu.
f) Tanggungjawab tiap-tiap ahli.
g) Sumbangan modal tiap-tiap ahli.
h) Cara pengagihan untung dan rugi.
i) Prosedur-Prosedur perakaunan.
j) Gaji atau peraturan tertentu mengenai ambilan (drawings) tiap-tiap ahli.
k) Sekatan tertentu ke atas ahli-ahli sekalinya ada.
l) Cara mana perkongsian akan dibuburkan.

* Perniagaan perkongsian selalunya mempunyai satu jawatankuasa yang mengandungi :
a) Pengurus.
b) Penolong Pengurus.
c) Setiausaha.
d) Bendari.
Jawatankuasa ini diberi tugas menguruskan perniagaan dan mereka dibayar gaji mengikut prestari perniagaan. Tanggungan seorang ahli perkongsian adalah tidak terhad.

Antara kebaikan perniagaan perkongsian adalah:
- Lebih mudah mendapat kredit.
- Sumber modal yang banyak.
- Tanggungjawab dibahagi antara ahli.
- Terdapat gabungan idea, kebolehan dan kemahiran daripada lebih ramai ahli.

Antara kelemahan perniagaan perkongsian adalah :
- Tanggungjawab perniagaan yang tidak terhad.
- keuntungan dari perniagaan terpaksa dibahagikan.
- kesinambungan perniagaan yang terhad di mana perkongsian akan terbubar sekiranya salah seorang rakan perkongsian meningggal dunia.
- Potensi untuk membesarkan adalah terhad.

3. Syarikat

* Syarikat Sendirian Berhad
- Syarikat ini boleh ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan untuk menajanya. Ahli-ahli ini dihadkan kepada 50 orang sahaja pada satu-satu.
- Mengikut peraturan-peraturan yang ditatapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu :
a) Mempunyai namanya sendiri.
b) Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di mahkamah.
c) Mempunyai harta atas namanya sendiri.
e) Penubuhannya akan berterusan sehinggan tindakan diambil bagi membubarkannya.

- Syarikat sendiri berhad dianggotai oleh lembaga pengarahnya yang terdiri daripada :
a) Pengurusi Lembaga Pengarah
b) Juruaudit Syarikat.
c) Pengarah-pengarah lain.

- Pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah lembaga pengarahnya. Lembaga pengarah akan membuat ketatapan berhubung dasar yang dijalankan oleh Syarikat. Semua kuasa yang tidak diperuntukkan atau dikhaskan di dalam Article of Association adalah di dalam kuasa Lembaga Pengarah dan mereka adalah bertanggungjawab semasa mesyuarat agung dari segi kemajuan syarikat tersebut. Kakitangan syarikat itu adalah penggerak pernigaan dan merekalah yang melaksanakan segala arahan lembaga pengarah. Lembaga pengarah juga berkuasa mengambil dan membuang pekerja-pekerja.

- Pemegang saham tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam urusan harian syarikat. Mereka hanya boleh bersuara dalam mesyuarat agung sahaja sama ada mesyuarat agung luar biasa atau mesyuarat agung tahunan. Mereka berkuasa melalui pembuangan undi untuk satu-satu resolusi sama ada undi tangan (satu seorang) atau undi sulit (mengikut banyak saham).

- Kelebihan perniagaan secara ini adalah dari segi tanggungan ahli-ahlinya. Tanggungan mereka terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan sekiranya syarikat itu mengalami kerugian dan perlu dibuburkan, tiap-tiap ahli akan menanggung rugi mengilkut jumlah saham yang dibeli. Dari segi undang-undang, yang berhutang ialah syarikat tersebut dan bukan ahli-ahlinya.

kebaikan syarikat sendirian berhad :
- Tanggungan perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
- Penerusan syarikat terjamin iaitu akan dibubar dengan kematian seorang pemegang saham.
- Lebih mudah mendapat saham.
- Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
- Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
- Potensi untuk berkembang adalah luas.
- Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.

Keburukan Syarikat sendirian berhad :
- Rumit untuk diluluskan serta terikat dan tertakluk Akta Syarikat.
- Berbagai-bagai jenis cukai yang perlu dibayar iaitu cukai kemajuan, cukai pendapatan dan cukai keuntungan.
- Saham syarikat tidak boleh dijualbeli melalui pasaran saham.

* Syarikat Awam Berhad
- Syarikat awam berhad juga adalah tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah syarikat sendirian berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat(awam) berhad. Bilangan ahli syarikat awam berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.

- Syarikat awam berhad boleh mempelewa orang ramai membeli sahamnya. Sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan iaitu prospektus hendaklah dissiapkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebaenar syarikat tersebut dan menyatakan rancangan-rancangan yang hendak dijalankan serta anggaran perbelanjaannya. Imbangan kira-kira tahunan syarikat ini mestikan disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam penduan rancangan itu. Pengarah-pangarah, pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu.

- Syarikat awam berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan prospektur. Apa yang diperlukan ialah Statement In Lieu of Prosoectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.

- Saham syarikat awam berhad ini juga boleh dijual beli melalui bursa saham dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu syarikat tersebut hendaklah mendaftar di Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.

- Organisasi syarikat awam berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat

- Cara-cara mendaftar syarikat dan bayaran pendaftaran syarikat awam berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan.

Kelelebihan syarikat awam berhad :
a) Saham syarikat boleh dijualbeli melalui pasaran saham.
b) Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
c) Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi kewangan.

Kelemahan syarikat awam berhad :
a) Bilangan ahli pemegang saham yang terlalu ramai.
b) Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan.
c) Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
d) Dihendaki menghantar kepada Pendaftar Syarikat, kunci kira-kira yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
f) Berbagai jenis cukai yang perlu dibayar.


No comments:

Post a Comment